Zurina Zakaria, and Ashraf Ismail, (2023) Akhlak guru Muslim: antara realiti dan ideal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 . pp. 3-18. ISSN 0216-5636
|
PDF
390kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1617
Abstract
Guru memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak pelajar selain ibu bapa. Akhlak guru perlu mengikut syariat Islam dalam semua aspek dan menonjolkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap sebelum mendidik para pelajar menjadi insan yang sempurna. Kertas konsep ini bertujuan mengkaji akhlak yang harus ada pada setiap guru Muslim untuk cemerlang sebagai pendidik. Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan. Data yang dikumpul daripada bahan seperti buku, artikel dalam jurnal, prosiding, tesis dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Kajian ini membincangkan tentang akhlak guru yang telah didokumentasikan oleh para sarjana Islam. Walaupun kajian secara mendalam belum dilaksanakan lagi, namun hasil daripada penulisan terdahulu mendapati bahawa akhlak guru Muslim yang berkesan boleh diambil perhatian. Akhlak guru Muslim daripada pandangan para sarjana Islam seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam al-Ajurri, Imam al-Mawardi dan Imam al- Nahlawi dapat dirumuskan kepada enam elemen utama iaitu: keimanan yang mantap, berakhlak baik, berkemahiran dalam pengajaran, sentiasa menasihati, memiliki ilmu psikologi seorang guru, berilmu dan beramal dengan ilmunya. Setiap guru Muslim khususnya dan organisasi pendidikan umumnya harus mengambil berat tentang akhlak guru dan membuat tindakan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan kualiti para guru di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keperibadian Muslim; Akhlak; Guru Muslim; Sarjana Islam; Kualiti guru |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 23265 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 25 Mar 2024 00:53 |
Last Modified: | 26 Mar 2024 01:18 |
Repository Staff Only: item control page