Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

Azman Che Mat, and Ahmad Nazuki@Marzuki Yaakub, (2010) Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (2). pp. 19-35. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
101kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%2010%282%29%20201...

Abstract

Grafologi bahasa Arab (BA) adalah unik kerana ciri keanjalan setiap huruf yang terdapat padanya. Setiap huruf BA perlu berubah pola penulisannya ketika berada di pangkal kata, di pertengahan kata dan di hujung kata. Penguasaan grafologi ini sudah tentu memerlukan tempoh masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran BA bagi pelajar yang tidak menguasainya dengan baik. Kaedah transliterasi sebagai terjemahan unit grafologi BA kepada grafologi Latin dipercayai boleh digunakan untuk mengurangkan tempoh masa tersebut. Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran BA belum diuji secara empirikal terhadap pelajar Melayu. Oleh itu, kajian awal ini dilakukan untuk memenuhi dua tujuan; pertama, mendapatkan pandangan pengajar bahasa Arab terhadap kaedah transliterasi dan kedua, sejauh manakah penggunaannya oleh pelajarpelajar BA sebagai salah satu strategi pembelajaran. Kajian ini menggunakan data-data yang dikutip menerusi dua instrumen iaitu soal selidik dan temubual. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah 334 pelajar UiTM untuk mengisi solaselidik sementara 10 orang pensyarah BA dari beberapa institusi pengajian tinggi di Terengganu dan Kelantan serta 10 orang lagi pelajar UiTM dipilih untuk ditemubual. Dapatan kajian dianalisis menggunakan dua pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian mendapati terdapat pensyarah yang menyokong penggunaan kaedah transliterasi dan ada yang menolaknya dengan hujah masing-masing. Bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang terlibat dengan kajian menunjukkan sikap positif terhadap penggunaan kaedah ini.

Item Type:Article
Keywords:transliterasi; bahasa Arab; pengajaran; pembelajaran
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2327
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 02:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page