Falasi dalam pendalilan hadith (istidlal al-Hadith)

Mohd Farhan Md Ariffin, and Ibrahim Adham Mohd Rokhibi, and Najah Nadiah Amran, and Mohd Nazri Ahmad, and Fadlan Mohd Othman, (2023) Falasi dalam pendalilan hadith (istidlal al-Hadith). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 . pp. 61-74. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1617

Abstract

Mengambil pendalilan daripada hadith tanpa metodologi tepat akan melahirkan naratif salah terhadap Islam seperti ideologi radikal, takfir, tabdi‘ dan ekstremisme. Pada masa kini, terdapat kelompok-kelompok yang menggunakan dalil hadith jauh di luar konteks sebenar. Penyalahgunaan ini berupaya memudaratkan akidah dan mengelirukan kefahaman masyarakat awam. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan penyelewengan pendalilan hadith yang berlaku pada zaman silam dan kontemporari dengan mengenalpasti isu dan keberadaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang akan mengumpulkan semua kaedah pendalilan hadith salah daripada rujukan-rujukan kitab hadith, sharh al Hadith, manhaj istidlal dan qawaʻid hadithiyyah dalam disiplin ilmu hadith. Data dianalisis secara tematik dan deskriptif. Impak kajian ini berguna dalam menghuraikan kepincangan dalam konteks pendalilan hadith dan berguna menjadi rujukan kepada pelajar jurusan hadith dan pihak-pihak berkepentingan.

Item Type:Article
Keywords:Istidlal al-Hadith; Ambilan dalil; Kaedah pendalilan; Fahaman menyeleweng; Punca
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:23270
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:25 Mar 2024 01:25
Last Modified:26 Mar 2024 01:23

Repository Staff Only: item control page