Impak pentaksiran kendalian sekolah untuk pembelajaran (SBAfL) terhadap gaya pengajaran guru pendidikan Islam di Brunei

Norwati Abu Bakar, and Mohd Isa Hamzah, and Ab. Halim Tamuri, (2023) Impak pentaksiran kendalian sekolah untuk pembelajaran (SBAfL) terhadap gaya pengajaran guru pendidikan Islam di Brunei. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 . pp. 131-141. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
521kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1617

Abstract

Umumnya, terdapat perubahan penting dalam sistem pentaksiran pendidikan di Brunei diperkenalkan dengan pelaksanaan Pentaksiran Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran - School Based Assessment for Learning (SBAfL) termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah untuk meneroka adakah pentaksiran SBAfL ini mempengaruhi gaya pengajaran guru-guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif dan tujuh orang peserta telah dipilih berasaskan persampelan bertujuan. Data diperoleh melalui i) kaedah temu bual secara mendalam, ii) pemerhatian langsung di bilik darjah secara non participant dan iii) bukti dokumen. Aspek kesahan dan kebolehpercayaan data dibuat melalui proses triangulasi, tempoh pemerhatian yang lama, persetujuan peserta kajian, penelitian rakan sebaya, dan bias pengkaji, kedudukan pengkaji, pengesahan pakar dan pencapaian penilaian pakar melalui Cohen Kappa. Dalam menjana tema dan sub-tema data dianalisis dengan bantuan perisian Atlas.ti 7.5.9. Secara keseluruhannya, pelaksanaan SBAfL bukan sahaja memberi pengaruh dari segi pedagogi guru pendidikan Islam malahan dari segi sikap dan penerimaan guru terhadap perubahan dan pembaikan dalam amalan pentaksiran di bilik darjah. Guru pendidikan Islam dalam kajian ini menerima dan dapat mengaplikasikan pembaharuan dalam pelaksanaan SBAfL mata pelajaran pendidikan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh; Pentaksiran kendalian sekolah; Gaya pengajaran; Guru; Pendidikan Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:23277
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:25 Mar 2024 07:46
Last Modified:26 Mar 2024 01:51

Repository Staff Only: item control page