Azarudin Awang, and Norhana Abdullah @ Ng Siew Boey, and Che Norzila Sulong, (2023) Persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik Covid-19 di Terengganu. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 1-21. ISSN 1985-6822
|
PDF
425kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Komuniti mualaf di Terengganu adalah meliputi pelbagai bangsa, peringkat usia dan pendidikan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Langkah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberi pelbagai impak ke atas komuniti mualaf. Penutupan dan keterbatasan operasi terhadap pelbagai sektor ekonomi menyebabkan ramai dalam kalangan warga mualaf di negeri ini telah terjejas sumber pendapatan mereka. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik COVID-19 di Terengganu. Selain itu, menganalisis hubungan demografi mualaf terhadap persepsi dan sikap mereka ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 133 orang mualaf di Terengganu dan menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 yang diedarkan melalui Google Form. Selanjutnya borang soal selidik dianalisis menggunakan peratus, min dan sisihan piawai, ujian-t dan ujian ANOVA sehala bagi melihat persepsi dan sikap mualaf ketika berhadapan pandemik COVID-19. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi mualaf terhadap pandemik COVID-19 memberi tekanan hidup yang tinggi kepada mereka. Sebahagian mualaf mengambil langkah seperti melakukan kerja tambahan, meminta bantuan tambahan malah ada juga yang meluahkan tekanan perasaannya kepada rakan taulan atau pihak yang berkaitan agar segala permasalahan yang melanda dapat diselesaikan. Kajian ini adalah penting kerana ia menjelaskan gambaran sebenar tentang kemelut yang berlaku bagi komuniti mualaf di negeri Terengganu ketika meletusnya pandemik COVID-19. Seterusnya ia menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mualaf; Demografi; Persepsi; Sikap; Pandemik Covid-19 |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 23279 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Mar 2024 01:11 |
Last Modified: | 27 Mar 2024 00:59 |
Repository Staff Only: item control page