Pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran

Azizul Azra Abdul Razak, and Mohd. Hisyam Abdul Rahim, and Hafizah Abdul Jalil, (2023) Pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 22-40. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Prasarana dakwah merujuk usaha dalam menyebarluas seruan Islam dengan sistematik dan sempurna dengan menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang telah tersedia mahupun akan dirancang penyediaannya. Namun, kefahaman berkenaan dengan prasarana dakwah agak kurang diperjelaskan khusus dalam aspek pengurusannya melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan mengenalpasti aspek pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran serta mengenalpasti aktiviti pengurusan dakwah di dalamnya. Kajian perpustakaan dengan mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian telah mengenalpasti beberapa aspek penting perlu diketengahkan khusus dalam mengurus prasarana dakwah yang merujuk kepada beberapa aktiviti khusus seperti penyediaan, penyelenggaraan, pemulihan, pencatatan, pengawasan dan penyaluran yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan dakwah. Implikasi kajian ini memberikan kefahaman yang jelas berkenaan dengan pengurusan prasarana dakwah serta aktiviti-aktivitinya yang perlu dipertingkatkan untuk dibangunkan dan menjadi mekanisme terbaik dalam konteks dakwah semasa menurut perspektif al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan; Prasarana; Dakwah; al-Quran
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:23280
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Mar 2024 01:16
Last Modified:26 Mar 2024 01:16

Repository Staff Only: item control page