Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, and Mohd Shukri Hanapi, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2023) Metode Lā Quḍah sebagai pelengkap tasawwur dakwah ayat 125 surah al-Naḥl: analisis al-Mawdu‘i. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 41-55. ISSN 1985-6822
|
PDF
518kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Dalam kajian ilmu metodologi dakwah, para ilmuwan Islam menjadikan ayat 125 daripada Surah al-Naḥl sebagai asas sandaran pengkajian mereka. Daripada ayat tersebut muncul konsep dan metodologi yang disebut Metode al-Daʿwu bi’l- Ḥikmah, Metode al-Mawʿiẓah al-Ḥasanah dan Metode al-Mujādalah al-Ḥasanah. Namun ketiga-tiga metode ini hanya merangkumi separuh atau bahagian pertama daripada keseluruhan ayat 125 Surah al-Naḥl. Kebanyakan pengkaji mengabaikan bahagian kedua daripada ayat ini yang menyatakan Allah SWT mengetahui siapa yang sesat dari agama-Nya dan mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Kajian al-Mawdu‘i (tematik) ini yang memfokuskan kepada tema ayat 125 daripada Surah al-Naḥl. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan menjadikan tafsir-tafsir muktabar klasik dan moden sebagai rujukan utama. Kajian ini bertujuan untuk melihat tasawur yang lebih menyeluruh terhadap kefahaman ayat ini dan memberi nilai tambah terhadap metodologi dakwah yang telah dibina daripadanya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dakwah; Tasawwur; Metodologi dakwah; Surah al-Naḥl |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 23281 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Mar 2024 01:20 |
Last Modified: | 27 Mar 2024 01:02 |
Repository Staff Only: item control page