Tahap penguasaan asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang

Halim Ismail, and Nazatul Akmar Mokhtar, and Ramlan Mustapha, and Fahmi Zaidi Abdul Razak, and Auni 'Atikah Tazudin, and Asmadi Abdul Rahman, and Sh Mohd Firdaus Sh Othman, (2023) Tahap penguasaan asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 55-70. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA, terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang dengan seramai 17,427 daripada mereka adalah beragama Islam. Sekalipun mereka telah memeluk agama Islam, masih terdapat dalam kalangan mereka yang tidak menguasai perkara-perkara asas fardu ain dengan sempurna disebabkan pelbagai masalah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa perkara asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli beragama Islam di Negeri Pahang. Kajian ini berbentuk data deskriptif yang diperolehi daripada 250 orang responden masyarakat Orang Asli beragama Islam di daerah daerah di Negeri Pahang dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan purata penguasaan. Dapatan kajian menunjukkan item yang diuji iaitu amali wuduk, bacaan lafaz niat solat dan bacaan semasa iktidal berada pada kedudukan tertinggi penguasaan. Manakala item bacaan doa qunut, doa iftitah dan bacaan tahiyat adalah paling ramai tidak dikuasai oleh orang asli. Kesimpulan kajian ialah tahap penguasaan asas fardu ain masyarakat Orang Asli adalah baik, namun memerlukan usaha yang berterusan agar dapat menambahbaik metod pengajaran supaya lebih mudah dipelajari dan lebih efektif. Kajian ini memberi implikasi terhadap pihak-pihak berkaitan bagi meningkatkan usaha dakwah dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Pahang.

Item Type:Article
Keywords:Fardu ain; Penghayatan agama; Solat; Masyarakat Orang Asli; Negeri Pahang
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:23282
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Mar 2024 02:35
Last Modified:26 Mar 2024 02:35

Repository Staff Only: item control page