Wajah filem Islamik representasi busana dan solekan: analisis kandungan filem Imam

Wawarah Saidpudin, and Md Rozalafri Johari, (2023) Wajah filem Islamik representasi busana dan solekan: analisis kandungan filem Imam. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 95-106. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Dalam sesebuah filem berbentuk Islamik, busana dan solekan adalah antara wajah kepada filem yang dapat menggambarkan genre penerbitannya dan latar peristiwa sebuah filem. Walaupun begitu, busana dan solekan watak dan perwatakan yang dipersembahkan mampu memberi pelbagai konotasi terhadap representasi filem itu sendiri. Oleh itu. kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen busana dan solekan dalam filem Islamik terhadap representasi dakwah berdasarkan latar peristiwa filem. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap busana dan solekan watak-watak utama yang terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam dan saudara baharu (mualaf) yang berketurunan Dayak dalam filem Imam (2023) yang diarahkan oleh Mior Hashim Manap. Hasil kajian mendapati bahawa busana dan solekan yang dipaparkan di dalam filem tersebut menepati unsur-unsur pemakaian Islamik ketika tahun 80-an sesuai dengan situasi masyarakat ketika itu. Kesimpulannya, filem Imam adalah manifestasi bagi karya Islamik yang ingin mengenengahkan elemen dakwah melalui busana dan solekan yang seiringan dengan realiti budaya dan era latar peristiwa filem.

Item Type:Article
Keywords:Filem Islamik; Filem Imam; Busana; Solekan; Latar peristiwa; Mualaf
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:23284
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Mar 2024 03:00
Last Modified:27 Mar 2024 01:08

Repository Staff Only: item control page