Peningkatan kesejahteraan masyarakat melalui pengurusan ekonomi Islam yang adil

Amie Amelia, (2023) Peningkatan kesejahteraan masyarakat melalui pengurusan ekonomi Islam yang adil. Al-Hikmah, 15 (2). pp. 107-118. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Muslim merupakan sasaran utama dalam kehidupan yang semakin mencabar. Masyarakat yang sejahtera dapat menguruskan kehidupan dengan tenteram dan teratur tanpa sikap negatif yang boleh merosakkan norma yang ada. Untuk mencapai matlamat ini, sistem ekonomi Islam perlu ditadbir dengan baik dengan mengutamakan prinsip keadilan. Tujuan asas sistem ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat. Untuk mewujudkan masyarakat ekonomi yang sejahtera, sistem dan idea yang ideal diperlukan. Ini akan membolehkan masyarakat itu makmur dan tidak terhimpit dalam kemiskinan di tengah-tengah kehidupan mereka. Sistem ekonomi Islam menggalakkan kesejahteraan untuk semua orang, mewujudkan rasa keadilan, kebersamaan, persekitaran sosial yang baik dan kekeluargaan. Ia juga mampu memberikan peluang yang luas kepada setiap orang untuk berusaha dengan cara memanfaatkan sepenuhnya sumber alam untuk kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Hal ini diharapkan dapat mengatasi isu-isu ketidakmerataan dalam pemerolehan sumber, yang menyebabkan ramai orang kehilangan peluang. Sistem ekonomi Islam bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan, menghapuskan kemiskinan melalui pemanfaatan sumber alam, dan mewujudkan kehidupan sosial yang adil selain mengutamakan pelaksanaan zakat bagi mewujudkan sistem jaminan sosial yang stabil.

Item Type:Article
Keywords:Sistem ekonomi; Kesejahateraan; Ekonomi Islam; Keadilan; Zakat
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:23285
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Mar 2024 03:04
Last Modified:26 Mar 2024 03:04

Repository Staff Only: item control page