Profil kecerdasan emosi guru pelatih bahasa mengikut tahun pengajian

Muhammad Idham, and Zamri Mahamod, and Melor Md. Yunus, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, (2010) Profil kecerdasan emosi guru pelatih bahasa mengikut tahun pengajian. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (2). pp. 57-75. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
218kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%2010%282%29%20201...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi guru-guru pelatih bidang bahasa Indonesia di Universitas Syiah Kuala mengikut tahun pengajian. Kajian tinjauan ini melibatkan 235 orang guru pelatih. Soal selidik dibina untuk mengukur kecerdasan emosi dan pencapaian bahasa. Statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk menerangkan profil responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi guru pelatih bidang bahasa Indonesia berada pada tahap tinggi. Kecerdasan emosi guru pelatih dari segi kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dari segi kecerdasan emosi, regulasi kendiri dan empati antara guru pelatih berdasarkan tahun pengajian. Sebaliknya, tidak terdapat hubungan yang signifikan dari segi motivasi kendiri, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan antara guru pelatih berdasarkan tahun pengajian.

Item Type:Article
Keywords:kecerdasan emosi; guru pelatih; pencapaian akademik; pencapaian bahasa.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2329
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 02:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page