Hukum Benford dan penyimpangan pasaran saham semasa pandemik Covid-19

Shar Nizam Sharif, and Saiful Hafizah Jaaman, (2023) Hukum Benford dan penyimpangan pasaran saham semasa pandemik Covid-19. Journal of Quality Measurement and Analysis, 19 (3). pp. 95-105. ISSN 2600-8602

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma

Abstract

Taburan umum digit pelopor signifikan Hukum Benford secara amnya adalah sangat pencong ke arah digit yang lebih kecil dan mengikuti taburan logaritma khusus. Digit pelopor signifikan Hukum Benford telah digunakan secara meluas sebagai alat analisis forensik untuk mengesan penyelewengan data, penipuan dan manipulasi berdasarkan kepada sesuatu ujian keakuran. Kajian ini memanfaatkan ujian keakuran Hukum Benford sebagai kaedah statistik yang digunakan untuk menilai sama ada set data mengikut atau menyimpang daripada corak teori taburan Hukum Benford. Objektif kajian adalah untuk menyiasat keakuran taburan digit pelopor signifikan pertama dan kedua indeks FBMKLCI dan SSEC sama ada mengikut taburan jangkaan Hukum Benford atau tidak semasa berlakunya pandemik COVID-19 berdasarkan ujian keakuran min sisihan mutlak. Hipotesis nol taburan kedua-dua indeks akur kepada Hukum Benford ditolak jika nilai kiraan adalah lebih besar daripada nilai kritikal. Keputusan kajian mendapati nilai ujian keakuran min sisihan mutlak bagi taburan pasaran saham menyimpang daripada corak taburan logaritma Hukum Benford. Kajian menyimpulkan kedua-dua indeks pasaran FBMKLCI dan SSEC taburan digit pelopor signifikan pertama dan kedua bagi kedua-dua pasaran FBMKLCI dan SSEC tidak akur kepada Hukum Benford semasa berlakunya wabak pandemik COVID-19 di Malaysia dan China. Ketidakakuran kepada Hukum Benford memberi implikasi mengenai integriti dan keblehpercayaan data pasaran saham selain menekankan anomali pasaran dan kelakuan pelabur.

Item Type:Article
Keywords:Hukum Benford; Ujian keakuran; Digit pelopor pertama; Digit pelopor kedua; Min sisihan mutlak
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:23296
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:01 Apr 2024 05:02
Last Modified:03 Apr 2024 04:05

Repository Staff Only: item control page