Pola sapaan pelajar lelaki dan perempuan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi: satu kajian sosiopragmatik

Marlyna Maros, and Aslinda John, and Mohd Baharim Mydin, (2010) Pola sapaan pelajar lelaki dan perempuan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi: satu kajian sosiopragmatik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (2). pp. 77-96. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
132kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%2010%282%29%20201...

Abstract

Tujuan makalah ini adalah untuk memeri strategi sapaan oleh golongan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya terhadap perbezaan penggunaan strategi oleh pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bergerak dari pemerhatian rawak penyelidik tentang perlakuan sapaan oleh golongan ini yang menimbulkan persoalan terhadap kecekapan berkomunikasi mereka. Ia melihat pola sapaan berdasarkan konteks, tahap formaliti, dan hubungan antara peserta tutur. Makalah ini membincangkan hasil dapatan berdasarkan perbezaan jantina dan menghubungkaitkan faktor jantina ini dengan aspek budaya dan sosiopragmatik berpandukan prinsip sosiopragmatik Leech (1993) dan perbezaan fitur interaksi untuk lelaki dan perempuan oleh Sherzer (1987). Data bagi kajian ini diperolehi melalui 3 cara iaitu melalui Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW), temu bual, dan juga catatan pemerhatian. Responden bagi TPW adalah seramai 264 orang yang menjawab 15 situasi yang memerlukan sapaan di sekitar kampus; memberikan 3960 respons kesemuanya. Responden bagi temu bual adalah seramai 30 orang dari kumpulan yang sama. Pemerhatian etnografi dilakukan selama 3 bulan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa jika jarak sosial pelajar adalah dekat, mereka cenderung untuk menggunakan strategi sapaan yang agak kasar. Bagi pelajar yang mempunyai hubungan yang agak rapat, pelajar perempuan lebih selesa menggunakan nama untuk menyapa manakala lelaki pada kebiasaanya hanya sekadar mengangguk kepala atau menyebut “hai”. Perbincangan diakhiri dengan memberikan implikasi dapatan dan juga cadangan beberapa konteks untuk kajian lanjut dalam sapaan.

Item Type:Article
Keywords:sapaan; status sosial; jarak sosial; sosiopragmatik; Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW).
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2330
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 02:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page