Lingua Franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa

Mohammed Azlan Mis, (2010) Lingua Franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (2). pp. 97-116. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
110kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%2010%282%29%20201...

Abstract

Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal.

Item Type:Article
Keywords:lingua franca; pilihan bahasa; suku kaum; dialek Melayu Sarawak; bahasa Iban.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2331
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 02:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page