Ops Benteng: peranan agensi keselamatan dalam mengawal sempadan negara semasa situasi pandemik Covid-19

Shahrizal Sa’ad, and Mohd Ikbal Mohd Huda, (2023) Ops Benteng: peranan agensi keselamatan dalam mengawal sempadan negara semasa situasi pandemik Covid-19. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (3). pp. 258-274. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
605kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Antara strategi negara-negara di seluruh dunia bagi membendung penularan pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020 adalah melalui pelaksanaan penutupan sempadan yang bertujuan bagi mengekang kemasukan manusia yang berisiko membawa wabak ini. Strategi penutupan dan kawalan sempadan oleh Malaysia dilaksanakan dengan pewujudan Ops Benteng (Operasi Benteng) melalui Pasukan Petugas Nasional (National Task Force - NTF) di mana aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan telah berlaku secara berleluasa di sempadan darat dan maritim yang menjadi isu keselamatan negara sebelum melandanya wabak ini. Oleh itu, ianya membawa kepada satu situasi dan cabaran baru dalam tugas dan tanggungjawab agensi keselamatan sempadan Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan agensi keselamatan yang terlibat dalam Ops Benteng dengan menilai sejauh mana koordinasi dan cabaran yang dihadapi oleh NTF semasa melaksanakan langkah-langkah kawalan sempadan. Kaedah kajian dilaksanakan melalui temubual dengan pegawai dari Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kajian ini akan menjadi yang pertama dalam mengartikulasikan tugas dan tanggungjawab serta kerjasama antara agensi kawalan sempadan dan cabaran yang dihadapi dalam struktur tadbir urus keselamatan. Hasil kajian mendapati isu bekerja secara silo dan karenah birokrasi merupakan antara faktor yang menghalang kecekapan koordinasi dan ianya perlu diatasi melalui peningkatan kerjasama bersepadu antara agensi.

Item Type:Article
Keywords:Pandemik Covid-19; Ops Benteng; Pasukan Petugas Nasional; Peranan Agensi Keselamatan; Koordinasi dan Cabaran
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:23322
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:02 Apr 2024 08:07
Last Modified:03 Apr 2024 01:13

Repository Staff Only: item control page