Mohd Shazwan Mokhtar, (2023) Pasaran buruh dan standard hidup di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika kemelesetan ekonomi, 1929-1938. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (3). pp. 288-305. ISSN 2180-0251
|
PDF
521kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Artikel ini meneliti kedudukan pasaran buruh dan standard hidup di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ketika kemelesetan ekonomi. Kejatuhan pasaran Eropah sejak akhir tahun 1929 memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi NNMB yang bergantung dengannya untuk mengeksport bahan mentah. Bentuk kebergantungan ini merupakan salah satu kesan pelaksanaan dasar ekonomi imperial di NNMB yang mengintegrasikan struktur ekonomi tanah jajahan dengan ekonomi global. Situasi ini membolehkan NNMB muncul sebagai antara pengeksport utama bahan mentah di dunia. Walaupun isu perkembangan ekonomi NNMB mendapat perhatian dalam kalangan sejarawan, isu standard hidup dan pasaran buruh kurang diteliti dengan mendalam dalam kajian lepas. Justeru, artikel ini mengeksplorasi kedua-dua isu tersebut dengan membuktikan kesenjangan peluang pekerjaan dan kadar gaji dalam kalangan buruh di NNMB ketika kemelesetan ekonomi. Rekod pentadbiran kerajaan NNMB dan rekod kolonial CO576 digunakan bagi meneliti dasar kolonial berkaitan pasaran buruh dan standard hidup. Kedua-dua sumber ini merekodkan data empirikal yang membuktikan fenemena kesenjangan dalam kedua-dua sektor tersebut. Hasil kajian mendapati kejatuhan ekonomi eksport NNMB memberi kesan relatif terhadap peluang pekerjaan dan kadar pengangguran golongan pekerja. Bagimanapun, dasar perlindungan hanya memberi manfaat kepada golongan pekerja mahir yang didominasi oleh buruh imigran. Golongan ini juga dilindungi dengan penguatkuasaan kadar gaji minimum oleh kerajaan NNMB. Tujuannya adalah untuk memastikan sektor ekonomi kolonial di NNMB terus beroperasi walaupun berlaku kemelesetan ekonomi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sejarah ekonomi; Export; Kelas pekerja; Imigran; Gaji |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 23324 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 02 Apr 2024 08:07 |
Last Modified: | 03 Apr 2024 01:14 |
Repository Staff Only: item control page