Perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham, 1901-1919

Nur Izzati Nazihah Junaidi, (2023) Perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham, 1901-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (3). pp. 333-349. ISSN 2180-0251

[img] PDF
461kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham dari tahun 1901 hingga 1919. Pelabuhan Swettenham dibangunkan bertujuan untuk menjadikan pelabuhan ini sebagai pelabuhan utama bukan sahaja bagi Selangor, malah juga bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham yang menjadi penanda aras kepada keperluan pelabuhan ini dibangunkan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berpandukan kajian arkib dan kepustakaan dengan merujuk kepada Reports on the Marine Department of the State of Selangor sebagai sumber utama di samping Selangor Administration Report dan Reports for the Klang Districts. Hasil kajian mendapati bahawa pembangunan Pelabuhan Swettenham sememangnya penting kepada Selangor dan NNMB sebagai pelabuhan utama dan menjadi penghubung bagi eksport bijih timah dan getah yang menjadi komoditi utama sekitar abad ke-20, terutamanya ketika Perang Dunia Pertama tercetus. Walaupun pembangunan Pelabuhan Swettenham tidak disokong oleh kebanyakan syarikat perkapalan, namun Pelabuhan Swettenham telah berkembang pesat dan bukan sahaja mengendalikan kapal dagang pesisir pantai dan kapal bersaiz kecil, tetapi turut menerima kedatangan kapal dagang laut yang bersaiz besar bermula tahun 1904. Oleh itu, perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham telah menunjukkan pelabuhan ini sememangnya perlu dibangunkan untuk menampung perkembangan perdagangan di NNMB dan mengurangkan kebergantungan kepada pelabuhan Negeri-negeri Selat (NNS).

Item Type:Article
Keywords:Pelabuhan Swettenham; Pembangunan; Perkapalan; Pelabuhan; Perdagangan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:23326
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:02 Apr 2024 08:07
Last Modified:03 Apr 2024 01:15

Repository Staff Only: item control page