Konsep Malaysian Malaysia sebagai tekanan politik mendapatkan kepentingan Singapura

Muhammad Hafiz Isa, (2023) Konsep Malaysian Malaysia sebagai tekanan politik mendapatkan kepentingan Singapura. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 50 (3). pp. 350-371. ISSN 2180-0251

[img] PDF
559kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Artikel ini membahaskan matlamat Lee Kuan Yew dalam menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Konsep ini memperjuangkan pembinaan negara bangsa bercorak kepelbagaian kaum yang menolak penguasaan sesuatu kaum. Tujuannya adalah untuk membentuk penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sebagai satu bentuk bangsa. Malaysian Malaysia muncul sebagai idea pembinaan negara bangsa yang pertama dalam konteks pembentukan Persekutuan Malaysia iaitu melibatkan pembentukan bersama wilayah baru. Meskipun konsep Malaysian Malaysia dapat dinilai sebagai sebuah idea ke arah pembinaan negara bangsa. Akan tetapi konsep ini merupakan rentetan konflik politik antara Kerajaan Pusat di Kuala Lumpur dan pemerintahan Singapura yang diperintah oleh PAP. Konflik politik yang tercetus ini telah mempengaruhi pendekatan Lee Kuan Yew menggagaskan konsep Malaysian Malaysia. Maka, objektif penulisan ini adalah untuk menilai matlamat sebenar yang mempengaruhi tindakan Lee Kuan Yew menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian sejarah dengan melakukan analisis terhadap sumber primer seperti DO 169/527, DO 169/529, DO 169/530 dan DO 169/426. Kajian mendapati bahawa hasrat Lee Kuan Yew menuntut kepentingan Singapura dan kepentingan politik PAP telah mempengaruhi konflik antara Singapura dan Kerajaan Pusat. Konsep Malaysian Malaysia telah digagaskan sebagai bentuk provokasi dan tekanan kepada Kerajaan Pusat agar menerima tuntutan yang memihak kepada Singapura. Dapat diteliti bahawa hasrat Lee Kuan Yew memulihkan kepentingan Singapura secara utamanya merupakan faktor yang membawa kepada konsep Malaysian Malaysia digagaskan.

Item Type:Article
Keywords:Malaysian Malaysia; Lee Kuan Yew; Negara Bangsa; Perhimpunan Setiakawan Malaysia (MSC); Singapura
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:23327
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:02 Apr 2024 08:07
Last Modified:03 Apr 2024 01:15

Repository Staff Only: item control page