Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Harun Baharudin, and Ghazali Yusri, and Kamarul Shukri Mat Teh, and Mohamed Amin Embi, (2010) Pembelajaran konsonan Arab mengikut pelat Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (3). pp. 1-14. ISSN 1675-8021
|
PDF
123kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2010%20%283...
Abstract
Susunan alfabet konsonan bahasa Arab sekarang, iaitu [..... ا ب ت ث ] tidak mengikut konsep ansur-maju (dari mudah ke sukar) kepada pelajar Melayu sebagaimana yang disarankan dalam teori pendidikan. Misalnya, huruf konsonan tha [ ث] ialah konsonan yang sukar kepada pelajar Melayu kerana konsonan ini tidak ada dalam bahasa Melayu, tetapi konsonan ini berada di awal susunan alfabet Arab. Justeru kajian ini bertujuan menyusun huruf konsonan Arab mengikut pelat bahasa Melayu bagi tujuan pembelajaran. Manakala objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefasihan pelat bahasa Melayu menyebut huruf konsonan Arab, dan menyusun huruf konsonan Arab mengikut kefasihan pelat bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di pusat prasekolah dan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid prasekolah berumur enam tahun. Pemilihan responden ini berasaskan mereka sedang berada di peringkat permulaan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini menggunakan satu set ujian sebutan konsonan Arab berasaskan kaedah al-Khalil. Kaedah ini telah digunakan oleh al-Khalil untuk menyusun sebutan Arab dari bunyi rongga rengkung hingga bunyi dua bibir. Hasil ujian dinilai oleh dua penilai yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum. Hasil kajian menunjukkan 12 konsonan berada pada tahap sederhana fasih dan satu konsonan berada pada tahap tidak fasih, manakala selebihnya berada pada tahap fasih. Hasil kajian juga menunjukkan huruf wau [ و ] ialah huruf yang paling tinggi skor sebutan, dan huruf ghain غ] ] ialah yang paling rendah skor sebutan. Oleh itu, disarankan hasil susunan konsonan Arab dalam kajian ini digunakan untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab di sekolahsekolah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pembelajaran bahasa Arab; pemerolehan bahasa kedua; huruf konsonan Arab; murid prasekolah; kemahiran membaca |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 2333 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 29 Jul 2011 03:46 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:31 |
Repository Staff Only: item control page