Kesan penambahan nanohidroksiapatit ke dalam simen ionomer kaca terhadap morfologi dan sifat biologi bahan

Rishnnia Murugan, and Nur Najmi Mohamad Anuar, and Nurrul Shaqinah Nasruddin, and Farinawati Yazid, (2023) Kesan penambahan nanohidroksiapatit ke dalam simen ionomer kaca terhadap morfologi dan sifat biologi bahan. Sains Malaysiana, 52 (10). pp. 2919-2930. ISSN 0126-6039

[img] PDF
649kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num10...

Abstract

Simen kaca ionomer merupakan bahan pemulih yang digunakan secara meluas dalam bidang pergigian. Namun, ia mempunyai beberapa kelemahan yang mengehadkan penggunaannya sebagai bahan restoratif. Nanohidroksiapatit (nHA) adalah bahan tambahan yang digunakan dalam simen kaca ionomer bagi mengatasi kelemahannya. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penambahan nHA ke dalam simen kaca ionomer terhadap morfologi dan sifat biologi bahan melalui pemerhatian mikroskop imbasan elektron (SEM), ujian kesitotoksikan dan antibakteria. Bagi kesitotoksikan nHA terhadap sel MC3T3-E1, sebanyak empat peratus kepekatan nHA yang berbeza digunakan dalam asai MTT iaitu 0%, 3%, 4% dan 5% selama 24 dan 48 jam. Hasilnya, kesemua kepekatan nHA yang digunakan tidak menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel MC3T3-E1 dengan 4% nHA merekodkan keviabelan sel yang tinggi pada 24 dan 48 jam. Ujian antibakteria terhadap bakteria Streptococcus mutans dilakukan dengan ujian cakera difusi bagi tempoh 24 jam menunjukkan bahawa sampel yang ditambah dengan 4% nHA mempunyai sifat antibakteria yang lebih baik dengan merekodkan saiz zon perencatan yang besar berbanding dengan sampel simen kaca ionomer sahaja. Berdasarkan pemerhatian morfologi SEM, rekahan dan zarah nHA yang berbentuk bulat dapat dilihat pada simen yang ditambah dengan 4% nHA. Bagi analisis Serakan Tenaga Sinar-X (EDX), penambahan 4% nHA meningkatkan peratusan unsur atom kalsium, aluminium, silikon, fosforus dan fluorin. Penggabungan 4% nHA ke dalam simen kaca ionomer menyerlahkan morfologi simen dan meningkatkan sifat biologinya, justeru, ia sesuai digunakan sebagai bahan tambahan dalam simen kaca ionomer.

Item Type:Article
Keywords:Antibakteria; Kesitotoksikan; Morfologi; Nanohidroksiapatit; Simen kaca ionomer
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:23335
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:03 Apr 2024 03:12
Last Modified:03 Apr 2024 03:12

Repository Staff Only: item control page