Kepentingan amalan beragama bagi warga emas dan perlaksanaannya di pusat jagaan terpilih di Malaysia

Zainursyamimi Zakaria, and Zuliza Mohd Kusrin, (2023) Kepentingan amalan beragama bagi warga emas dan perlaksanaannya di pusat jagaan terpilih di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (2). pp. 1-9. ISSN 0127-788X

[img] PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Hak dalam mengamalkan ajaran agama merupakan hak setiap individu seperti yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks hak amalan beragama untuk warga emas, ia dapat diperolehi melalui program penghayatan ibadah. Program penghayatan ibadah untuk warga emas ini dapat dipenuhi melalui pusat jagaan warga emas. Perlaksanaan program ini difokuskan terhadap pusat jagaan warga emas memandangkan pusat jagaan merupakan suatu badan yang bertanggungjawab terhadap penjagaan fizikal dan spiritual warga emas. Oleh itu, kajian ini menganalisis konsep warga emas, hak penghayatan agama dan beribadah oleh warga emas serta keperluan dan hikmah hak beragama melalui penghayatan ibadah. Kajian juga membincangkan program penghayatan ibadah untuk warga emas yang dilaksanakan oleh beberapa pusat jagaan yang menawarkan program penghayatan ibadah bagi memenuhi hak warga emas dari aspek amalan beragama. Reka bentuk kajian adalah secara analisis kandungan. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa program penghayatan ibadah amat diperlukan warga emas dalam memenuhi hak amalan beragama warga emas seperti bersyukur dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat ketenangan serta istiqamah dalam beribadah. Bentuk-bentuk penghayatan agama yang wujud di pusat jagaan warga emas adalah seperti simulasi ibadah haji dan umrah, tafsir pengajian al-Qur’an dan tahsin ibadah.

Item Type:Article
Keywords:Warga emas; Hak beragama; Penghayatan ibadah; Pusat jagaan
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:23342
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:15 Apr 2024 03:54
Last Modified:16 Apr 2024 00:52

Repository Staff Only: item control page