Mohamad Ridhuan Mohd Zawawi, and Anwar Fakhri Omar, (2023) Hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut Siyasah Shar’iyyah. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (2). pp. 10-18. ISSN 0127-788X
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil
Abstract
Ketegangan yang berlaku di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel semakin hari semakin tegang dan belum menampakkan tanda-tanda penyelesaian walaupun telah berlaku selama beberapa dekad. Tambahan pula, negara-negara Arab yang dahulunya bersungguh-sungguh berjuang menentang Israel kini mula mengubah haluan perjuangan mereka dengan menormalisasi hubungan diplomatik dengan negara Yahudi tersebut. Justeru timbulnya persoalan iaitu apakah hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut siyasah shar’iyyah? Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti hukum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel menurut siyasah shar’iyyah. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa negara-negara Islam yang mempunyai kemaslahatan dan kepentingan terhadap negara dan rakyatnya melalui tindakan normalisasi ini dibolehkan untuk melakukannya dan tidak bercanggah dengan konsep siyasah shar’iyyah. Namun begitu, hubungan tersebut mestilah bukan untuk selama-lamanya dan bukan juga pada perkara-perkara yang mungkar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Citizenship acquisition; Child born on board aircraft; International law; Nigerian law; Islamic law |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 23343 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 15 Apr 2024 03:54 |
Last Modified: | 16 Apr 2024 00:53 |
Repository Staff Only: item control page