Analisis Hibah menurut tinjauan Fiqh dan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES)

Asiah Aqilah Abdul Ghani, and Noor Lizza Mohamed Said, and Mohd Zamro Muda, and Siti Fatihah Azani, (2023) Analisis Hibah menurut tinjauan Fiqh dan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES). Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (2). pp. 27-34. ISSN 0127-788X

[img] PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES) Indonesia telah dibentuk sebagai respons terhadap keperluan undang-undang yang mengikat bagi menyelesaikan permasalahan muamalat termasuklah hibah. KHES telah dikoordinasi hasil daripada pelbagai pandangan mazhab yang disesuaikan dengan masyarakat Indonesia. Oleh itu, artikel ini dibuat untuk meneliti hibah menurut fiqh dan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES). Penulisan dijalankan berdasarkan reka bentuk kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan. Data-data dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil penelitian mendapati peruntukan berkaitan hibah menurut Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah (KHES) secara asasnya adalah sama seperti mana pandangan fiqh, namun terdapat juga peruntukan tambahan yang diletakkan di dalam KHES. Jumhur ulama menggariskan empat rukun hibah iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibah dan sighah, sebaliknya terdapat lima rukun hibah menurut KHES iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibah, iqrar dan qabd. KHES juga menetapkan takrifan baligh dan berakal bagi pemberi hibah ialah individu yang telah mencapai umur 18 tahun atau pernah berkahwin. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari sudut penerimaan hibah melalui wali atau wakil wali di mana jumhur ulama mensyaratkan penerima hibah tersebut belum mukallaf, sebaliknya KHES mensyaratkan penerima hibah belum mumaiyiz. Penerimaan harta hibah menurut KHES adalah sama dengan penerimaan barangan dalam transaksi jual beli. Keadaan yang mengharuskan penarikan balik hibah menurut KHES ialah hibah ibu bapa kepada anak, penarikan balik hibah berlaku sebelum qabd dan larangan oleh pemberi hibah daripada mengambil harta hibah. Akhir sekali, terdapat beberapa penambahan peruntukan dalam KHES berkaitan pemberian hibah ketika marad al-maut yang kelihatan sama seperti peruntukan pada Perkara 877 dan Perkara 878 Majallat al-Ahkam.

Item Type:Article
Keywords:Hibah; Fiqh; KHES; Penarikan balik hibah; Qabd
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:23345
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:15 Apr 2024 03:53
Last Modified:15 Apr 2024 03:53

Repository Staff Only: item control page