Kefahaman belia muslim memilih pasangan berdasarkan konsep Kafa’ah dalam Islam

Zuliza Mohd Kusrin, and Ummi Syahirah Razak, (2023) Kefahaman belia muslim memilih pasangan berdasarkan konsep Kafa’ah dalam Islam. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (2). pp. 35-45. ISSN 0127-788X

[img] PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil

Abstract

Kafa’ah adalah kaedah memilih jodoh berasaskan kesamaan atau keserasian antara pasangan yang akan berkahwin. Ia disarankan oleh Islam dan perlu diambil serius kerana kesilapan memilih pasangan menyebabkan konflik rumah tangga yang boleh menyebabkan perceraian. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah pengetahuan belia Islam di Daerah Sik Kedah Malaysia tentang pemilihan pasangan hidup berdasarkan ajaran Islam dan konsep kafa’ah yang meliputi kriteria kehartaan, keturunan, kecantikan dan agama. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif menggunakan kajian kepustakaan dengan menganalisis maklumat daripada al-Quran, hadith, buku-buku, artikel jurnal, keratan akhbar, laman sesawang rasmi dan penulisan ilmiah yang berkaitan. Manakala kajian kuantitatif dilakukan bagi mencapai objektif pengetahuan responden berkaitan ciri-ciri pasangan hidup tersebut. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian melalui google form kepada para responden dalam kalangan golongan muda berusia 18 tahun ke atas dan beragama Islam di daerah Sik, Kedah. Responden yang terlibat adalah seramai 140 orang. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 28.0. Hasil kajian mendapati nilai skor min bagi pengetahuan responden berkenaan pemilihan pasangan hidup berlandaskan konsep kafa’ah adalah baik dan tinggi iaitu ciri harta min= 2.94, ciri keturunan min = 2.94, ciri kecantikan min = 2.73 dan ciri agama dengan min paling tinggi iaitu min = 2.87. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa belia Islam di daerah ini mempunyai pengetahuan yang baik tentang pemilihan pasangan berdasarkan kepada empat ciri-ciri tersebut dan mengutamakan agama dalam pilihan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kafa’ah; Ciri-ciri pasangan; Pemilihan pasangan; Perkahwinan; Belia Muslim
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:23346
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:15 Apr 2024 03:53
Last Modified:16 Apr 2024 00:58

Repository Staff Only: item control page