Muhammad Shaiffudin Abu Bakar, and Mohd Al Adib Samuri, and Wafaa' Yusof, and Abdul Basir Mohamad, (2023) Aplikasi al-Qawaid al-Fiqhiyyah dalam instrumen tahanan pencegahan di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (2). pp. 61-70. ISSN 0127-788X
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil
Abstract
al-Qawaid al-Fiqhiyyah merupakan salah satu panduan menyelesaikan permasalahan berkaitan hukum sesuatu perkara baharu sesuai dengan kerencaman pembangunan dan sosio-budaya masyarakat. Tahanan pencegahan merupakan suatu instrumen yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang dan mencegah jenayah bagi menjamin keselamatan dan keharmonian dalam masyarakat. Namun begitu, perkara ini tidak mengetepikan keperluan untuk penelitiannya menerusi suluhan fiqh Islami. Terdapat al-Qawāid al-Fiqhiyyah tertentu boleh diaplikasikan dalam konteks pelaksanaan tahanan pencegahan di bawah undang-undang jenayah di Malaysia. Oleh itu, artikel ini mengulas aplikasi al-Qawaid al-Fiqhiyyah yang berkaitan dengan berkaitan instrumen tahanan pencegahan. Artikel kualitatif ini merupakan suatu kajian kepustakaan yang melibatkan metode pengumpulan data yang dikumpul dari tulisan dan makalah kajian. Hasil dapatan artikel ini menjelaskan terdapat enam qawaid al-fiqhiyyah yang berautoriti untuk diaplikasikan dalam tahanan pencegahan supaya memberi kesan yang positif terhadap penerimaan guna pakainya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Al-Qawāid al-Fiqhiyyah; Tahanan pencegahan; Keadilan; Keselamatan awam; Hak individu |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 23349 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 15 Apr 2024 03:53 |
Last Modified: | 16 Apr 2024 01:04 |
Repository Staff Only: item control page