Sosiokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu

Nor Hashimah Jalaluddin, and Junaini Kasdan, and Zaharani Ahmad, (2010) Sosiokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (3). pp. 67-87. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
144kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%20vol%2010%20%283...

Abstract

Bahasa sebagai medium penting dalam proses menyampaikan ilmu perlu dikuasai dengan mempelajarinya melalui kurikulum yang dirangka. Bagi memastikan keberkesanan program yang dirancang, ia perlu diiringi dengan sikap yang positif dan persepsi yang tinggi terhadap bahasa itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi yang merupakan bahagian daripada kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu, serta melihat pertalian antara latar belakang sosial pelajar remaja, khususnya perbezaan jantina, kaum/etnik dan aliran kelas dengan kognisi mereka terhadap bahasa Melayu. Lebih daripada 1,500 pelajar remaja terlibat dalam kajian ini dan didapati bahawa hampir 80.0% (1,208) pelajar bersikap positif terhadap bahasa Melayu. Kajian juga mendapati hanya 29.9% (456) pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa kognisi pelajar remaja terhadap bahasa Melayu mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor sosial yang melatarbelakangi mereka. Justeru, penulis berpendapat bahawa persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk agar pelajar tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:sosiokognitif; sikap; persepsi; kognisi; bahasa ilmu.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2337
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 07:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page