Peranan RNA bulat dalam kanser kolorektal

Siti Nurmi Nasir, and Nadiah Abu, (2024) Peranan RNA bulat dalam kanser kolorektal. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 22 (1). pp. 25-37. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
431kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1607

Abstract

RNA bulat merupakan kelas RNA bukan pengekodan yang dibentuk secara kovalen sehingga membentuk gelung tertutup melalui proses sambat balik. Dari kajian sebelum ini, didapati bahawa RNA terlibat dalam pembangunan dan pembentukan kanser kolorektal. Penekanan pada fungsi sebenar RNA bulat dalam kanser kolorektal dengan memberi fokus kepada aplikasi biogenesis, rawatan penyakit, dan sebagai biopenanda mampu membangunkan terapi kanser dengan RNA bulat sebagai sasaran. Kanser merupakan penyakit kronik yang menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi di seluruh dunia. Kanser kolorektal merupakan kanser utama yang paling lazim dihidapi penduduk di seluruh dunia dan di Malaysia secara amnya. Kadar insiden dan mortaliti kanser kolorektal dunia memperlihatkan peningkatan yang drastik dan membimbangkan. Kanser kolorektal berlaku disebabkan oleh mutasi daripada gen tertentu yang terlibat di dalam pengawalaturan proliferasi, kebolehhidupan sel dan kematian sel. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan kepentingan RNA bulat dalam kanser kolorektal. Dengan mengenal pasti fungsi sebenar RNA bulat, ia dapat membantu kita untuk meningkatkan pemahaman tentang peranan biologi molekul RNA bulat yang sebenarnya dalam kanser kolotektal.

Item Type:Article
Keywords:Kanser; Kolorektal; RNA bulat
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:23372
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Apr 2024 01:14
Last Modified:18 Apr 2024 01:14

Repository Staff Only: item control page