Pembentukan panduan pemakanan ‘right diet 4 senior’ dan tahap penerimaannya dalam kalangan warga emas di Mukim Beranang, Selangor

Khadijah Alavi, (2024) Pembentukan panduan pemakanan ‘right diet 4 senior’ dan tahap penerimaannya dalam kalangan warga emas di Mukim Beranang, Selangor. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 22 (1). pp. 47-57. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1607

Abstract

Warga emas sering mempunyai pelbagai penyakit kronik yang meningkatkan risiko malpemakanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan status kesihatan dan status pemakanan warga emas di mukim Beranang, Hulu Langat, Selangor dan seterusnya membentuk panduan pemakanan warga emas. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa penilaian keperluan dan fasa pembentukan panduan pemakanan yang disertai penilaian penerimaan warga emas dalam komuniti. Seramai 36 orang warga emas ditemu bual dalam fasa penilaian keperluan bagi mendapatkan maklumat sosiodemografi, kesihatan dan status pemakanan. Hasil kajian fasa 1 mendapati seramai 66.7% warga emas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit kronik iaitu hipertensi (50%) dan diabetes (27.8%). Mereka juga tidak memenuhi saranan pengambilan pemakanan bagi tenaga, lemak, folate, kalsium, vitamin A, vitamin D, vitamin E, zink dan potassium. Saiz hidangan bagi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang serta susu dan produk tenusu adalah kurang daripada saranan oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Warga Emas. Oleh itu, panduan pemakanan dan menu teraputik rendah garam dan diet diabetik dibentuk sebagai panduan bagi warga emas dan penjaga mereka. Penilaian penerimaan terhadap isi kandungan panduan melibatkan penjaga warga emas (n=20) dan juga golongan profesional (n=7) untuk menilai kefahaman terhadap panduan yang disediakan. Seramai 85% penjaga berpendapat isi kandungan panduan mudah difahami, namun beberapa modifikasi perlu dilakukan bagi menarik minat dan meningkatkan kefahaman terhadap panduan yang disediakan. Golongan profesional bersetuju bahawa penambahan gambar, ilustrasi dan warna dalam panduan pemakanan ini perlu supaya penyampaian maklumat lebih berkesan dan dapat diterima oleh penjaga dan juga warga emas itu sendiri. Kesimpulannya, separuh daripada warga emas di kawasan luar bandar menghidap penyakit tidak berjangkit (hipertensi) dan berdasarkan kekurangan makronutrien dan mikronutrien tertentu, panduan pemakanan yang mengandungi menu teraputik telah dibangunkan. Panduan pemakanan ‘Right Diet 4 Senior’ diterima baik oleh penjaga warga emas dan pegawai pemakanan.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan menu; Panduan pemakanan; Diet teraputik; Warga emas
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:23374
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Apr 2024 01:25
Last Modified:18 Apr 2024 01:25

Repository Staff Only: item control page