Kajian rintis penilaian literasi digital: kesediaan guru prasekolah menggunakan platform pembelajaran dalam talian untuk pendidikan pemakanan

Chong, Yi Ting and Poh, Bee Koon and Ruzita Abdul Talib, and Woo, Pik Xuan and Noor Hafizah Yatiman, and Denise Koh, and Georgia Livan Nelson, and Lee, Julia Ai Cheng and Cheah, Whye Lian and Cecelia A. Essau, and Leigh Gibson, and Sue Reeves, (2024) Kajian rintis penilaian literasi digital: kesediaan guru prasekolah menggunakan platform pembelajaran dalam talian untuk pendidikan pemakanan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 22 (1). pp. 71-82. ISSN 1675-8161

[img] PDF
374kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jskm/issue/view/1607

Abstract

eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital, penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pendidikan berasaskan internet diperlukan sebelum pembangunan eToyBox. Seramai 54 orang guru prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kuala Lumpur, Selangor, dan Sarawak yang terlibat dalam fasa intervensi ToyBox Study Malaysia pada tahun 2018 telah menyertai kajian keratan rentas ini. Soal selidik dalam talian diedarkan untuk menilai maklumat sosiodemografi, penggunaan alat komunikasi dan media, dan pandangan guru tentang penyesuaian modul ToyBox kepada bahan pendidikan digital. Subjek telah dihubungi, dan pautan soal selidik dikongsi melalui aplikasi WhatsApp. Kebanyakan subjek (74.0%) adalah perempuan Melayu yang berumur 31 hingga 40 tahun. Kebanyakan subjek mempunyai akses internet (94.4%) dan memiliki sekurang-kurangnya telefon pintar, komputer riba atau tablet (94.4%). Majoriti subjek (75.0%) melaporkan kecekapan penggunaan teknologi pada tahap sederhana. Jumlah 65.0% subjek menilai kemahiran mereka dalam pemproses perkataan dan emel pada tahap mahir atau lebih tinggi; namun, hanya 22.0% dilaporkan untuk kemahiran hamparan elektronik lejar. Halangan utama untuk mengakses bahan pendidikan dalam talian ialah gangguan internet (74.1%). Kebanyakan subjek (90.0%) menyokong penyesuaian modul kepada pembelajaran dalam talian dan yakin bahawa ini akan memberi manfaat terhadap pembangunan profesional dan amalan pengajaran guru prasekolah. Kesimpulannya, majoriti subjek mempunyai tahap literasi digital yang sederhana dan bersedia menjalani pembelajaran serta pengajaran dalam talian. Hasil kajian ini boleh memberi panduan kepada pembangunan bahan pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah di Malaysia pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Kesediaan guru; Literasi digital; Pembelajaran dan pengajaran dalam talian; Pendidikan pemakanan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:23377
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Apr 2024 04:00
Last Modified:23 Apr 2024 09:04

Repository Staff Only: item control page