Lau, Lee Ling and Haryaneh Rahisin, and Chan, Ann Kee and Kong, Viliana Su Hung, (2023) Persepsi guru bahasa melayu di sekolah rendah terhadap standard guru Malaysia 2.0. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 13 (2). pp. 109-118. ISSN 2180-4842
|
PDF
932kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/vi...
Abstract
Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang menggariskan komptensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Melayu di sekolah rendah terhadap SGM 2.0. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan dalam bentuk kuantitatif. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah soal selidik. Sejumlah 106 orang guru murid di sekolah rendah yang termasuk guru di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Klang, Selangor telah dipilih secara rawak mudah. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru Bahasa Melayu di sekolah rendah terhadap SGM 2.0 adalah positif. SGM 2.0 adalah satu dokumen rujukan yang komprehensif dapat membantu guru dalam pelaksanaan PdP yang berkesan dan semua guru jelas dengan tanggungjawab guru terhadap profesion, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi serba sedikit sumbangan dalam usaha melahirkan jiwa pendidik yang holistik dan sempurna.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Standard Guru Malaysia; Persepsi; Guru sekolah rendah; Bahasa Melayu |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 23383 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 18 Apr 2024 07:49 |
Last Modified: | 19 Apr 2024 01:36 |
Repository Staff Only: item control page