Amalan guru bahasa melayu di sekolah kurang murid dalam melaksanakan dan melaporkan pentaksiran bilik darjah

Faezah Saliman, and Zamri Mahamod, (2023) Amalan guru bahasa melayu di sekolah kurang murid dalam melaksanakan dan melaporkan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 13 (2). pp. 119-129. ISSN 2180-4842

[img] PDF
914kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Abstrak: Pelaksanaan pentaksiran yang berkesan dalam bilik darjah dapat membantu guru mengenal pasti potensi murid untuk dikembangkan ke tahap yang lebih optimum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan guru Bahasa Melayu di Sekolah Kurang Murid (SKM) dalam melaksanakan dan melaporkan pentaksiran bilik darjah. Kajian yang direka bentuk menggunakan kajian kualitatif ini adalah berpandukan kepada kajian kes satu kes pelbagai tempat. Enam orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di empat buah SKM di Bahagian Betong, Sarawak telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen temu bual secara mendalam dan ditranskripsi ke dalam bentuk dokumen untuk dianalisis bagi mendapatkan tema serta subtema yang berkaitan objektif kajian. Data kajian pula dirumuskan menggunakan jadual matrik bagi setiap tema dan subtema yang diperoleh. Hasil kajian mendapati guru Bahasa Melayu di SKM melaksanakan pentaksiran bilik darjah secara bertulis, lisan dan juga pemerhatian. Hasil pentaksiran murid juga direkod sebagai evidens dan dilapor kepada pihak berkepentingan. Diharapkan kajian ini dapat membantu dan memberi panduan kepada guru Bahasa Melayu di SKM yang lain dalam mentaksir murid seterusnya menjadikan proses pentaksiran lebih holistik dan memenuhi keperluan pembelajaran murid.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Sekolah Kurang Murid; Pentaksiran bilik darjah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23384
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:18 Apr 2024 07:53
Last Modified:19 Apr 2024 01:37

Repository Staff Only: item control page