Sikap, amalan dan masalah yang dihadapi oleh guru bahasa melayu sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dalam mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam pengajaran

Saktianayakan, Sivasanggari P. (2023) Sikap, amalan dan masalah yang dihadapi oleh guru bahasa melayu sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dalam mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 13 (2). pp. 130-143. ISSN 2180-4842

[img] PDF
376kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/vi...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru, tahap amalan kaedah Didik Hibur dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu semasa melaksanakan kaedah Didik Hibur. Kajian tinjauan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk memperoleh data. Seramai 54 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKT) dan 49 orang guru Bahasa Melayu di SJK Tamil (SJKT) dipilih sebagai sampel kajian. Kesemua 103 orang guru Bahasa Melayu ini mengajar di beberapa buah SJKC dan SJKT di daerah Jasin, Melaka. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bersistematik. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27 digunakan bagi menganalisis data soal selidik dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor demografi dengan tahap sikap guru, tahap amalan kaedah Didik Hibur dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di SJKC dan SJKT dalam mengaplikasikan kaedah Didik Hibur. Namun demikian, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap dengan tahap amalan kaedah Didik Hibur dan tahap sikap dengan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu SJKC dan SJKT semasa menggunakan kaedah Didik Hibur. Kajian ini menggambarkan bahawa kebanyakan guru mengamalkan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa kaedah Didik Hibur amat berkesan dalam menarik minat murid-murid bukan Melayu belajar Bahasa Melayu melalui kaedah Didik Hibur.

Item Type:Article
Keywords:Attitude Practice; Problem; Malay Language teachers; National type school; Fun Learning
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23385
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:18 Apr 2024 07:58
Last Modified:19 Apr 2024 01:38

Repository Staff Only: item control page