Minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu

Nur Syuhada Mat Husin, (2023) Minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 13 (2). pp. 89-108. ISSN 2180-4842

[img] PDF
932kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Perkembangan teknologi masa kini menyebabkan perubahan terhadap kaedah pembelajaran perlu dilakukan oleh guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan tahap minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina, umur, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Seramai 108 orang responden terlibat yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah rendah di tiga buah sekolah menengah yang terletak di daerah Besut, Terengganu. Instrumen soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan demografi responden dan Bahagian B melibatkan item berkaitan minat pelajar terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik inferensi ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi dengan nilai min 4.09. Namun demikian, analisis hipotesis mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan tahap minat pelajarekolah menengah rendah berdasarkan jantina, umur, pekerjaan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap minat pelajar sekolah menengah rendah terhadap penggunaan bahan pembelajaran gamifikasi berdasarkan pendapatan keluarga. Implikasi kajian ini dapat memberi gambaran kepada guru-guru Bahasa Melayu bahawa gamifikasi merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan untuk menarik minat pelajar belajar Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Minat; Bahan pembelajaran gamifikasi; Mata pelajaran Bahasa Melayu; Sekolah menengah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:23388
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:19 Apr 2024 02:05
Last Modified:19 Apr 2024 03:47

Repository Staff Only: item control page