Persepsi Orang Asli Lanoh terhadap usaha pembalikan peralihan bahasa

Sa’adiah Ma’alip, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Chong Shin, and Tengku Intan Suzila Tengku Sharif, (2023) Persepsi Orang Asli Lanoh terhadap usaha pembalikan peralihan bahasa. Jurnal Melayu, SI . pp. 1-13. ISSN 1675-7513

[img] PDF
267kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628

Abstract

Peralihan bahasa, merupakan proses yang mana sesuatu bahasa kehilangan penuturnya sehingga ia boleh menyebabkan kepupusan bahasa tersebut. Hal ini berlaku dalam masyarakat minoriti di seluruh dunia. Proses ini dipengaruhi sama ada oleh faktor luaran seperti politik, sosial dan ekonomi, dan atau oleh faktor dalaman yang unik bagi setiap masyarakat bahasa. Pemulihan bahasa hanya dapat dilaksanakan jika masyarakat bahasa yang terancam memiliki kesedaran dan mahu memainkan peranan utama dalam usaha tersebut. Orang Asli Lanoh di Perak adalah salah satu suku kaum minoriti yang sedang berhadapan dengan masalah ancaman kepupusan bahasa. Sehubungan dengan itu, 12 orang informan daripada masyarakat bahasa Orang Asli Lanoh ini dijadikan subjek kajian. Temu bual ini dilaksanakan untuk memperolehi persepsi dan pandangan mereka tentang usaha mengatasi masalah peralihan dan kehilangan bahasa Lanoh. Informan yang ditemu-bual dibahagikan kepada lima ketegori umur, iaitu 18- 25 tahun, 26-35 tahun, 36-45 tahun, 46-55 tahun dan 56 tahun ke atas. Hasil daripada data temu bual ini mendapati terdapat pandangan bertentangan berhubung usaha pembalikan peralihan dan pemulihan bahasa suku kaum ini. Hasil kajian ini juga mengesahkan penerimaan beberapa langkah oleh masyarakat bahasa dalam usaha pemulihan bahasa Lanoh. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa Orang Asli Lanoh sedar bahawa bahasa mereka sedang menuju kepupusan, meletakkan matlamat yang realistik agar bahasa mereka terus kekal dan setuju bahawa program pendidikan bahasa natif perlu bermula dari domain keluarga. Oleh itu masyarakat bahasa minoriti harus memiliki kesedaran terhadap status kepupusan bahasa dan menyokong usaha pembalikan bahasa agar kelestarian bahasa mereka terjamin.

Item Type:Article
Keywords:Orang Asli Lanoh; Pembalikan bahasa; Pemulihan bahasa; Peralihan dan pengekalan bahasa; Sosiolinguistik
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:23392
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Apr 2024 03:51
Last Modified:24 Apr 2024 00:46

Repository Staff Only: item control page