Kata adjektif dalam dialek Melayu Kedah: satu pemerian awal

Nur Hafizah Termizi, and Kartini Abd. Wahab, (2023) Kata adjektif dalam dialek Melayu Kedah: satu pemerian awal. Jurnal Melayu, SI . pp. 14-32. ISSN 1675-7513

[img] PDF
469kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628

Abstract

Dialek Melayu Kedah (DMK) sebagaimana juga dialek-dialek Melayu yang lain, mempunyai ciri-ciri linguistik yang tersendiri dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan juga semantiknya. Setiap ciri tersebut mewakili keistimewaan DMK dan memaparkan keunikan masyarakat penuturnya. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan salah satu ciri linguistik dalam DMK, menerusi pemerian tentang aspek kata adjektifnya. Sebagai satu penelitian yang bersifat awal, makalah ini akan memfokuskan perbincangan tentang jenis kata adjektif dalam DMK dan ciri-ciri kata penguat yang hadir bersama kata adjektif DMK. Untuk tujuan tersebut, satu kajian lapangan dijalankan di salah sebuah kampung yang terletak di daerah Padang Terap, Kedah. Pengumpulan data melibatkan kaedah temu bual, rakaman dan catatan, yang melibatkan lima orang penutur natif DMK yang dipilih berdasarkan kriteria NORM/F (non-mobile, old, rural, male/female speakers). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif selaras dengan tujuan kajian. Dapatan kajian ini telah menemukan 19 jenis kata adjektif dalam DMK. Setiap kategori kata adjektif tersebut digunakan dalam pelbagai domain kehidupan sehari-hari masyarakat penutur DMK dikaji. Seterusnya, dapatan kajian juga menemukan 67 unsur kata penguat yang muncul bersama kata adjektif dalam DMK. Kata penguat tersebut didapati hadir di posisi selepas kata adjektif DMK. Keseluruhannya walaupun jenis kata adjektif dalam DMK mempunyai persamaan jenis dengan Bahasa Melayu Standard, namun terdapat perbezaan dari aspek sebutannya daripada Bahasa Melayu Standard. Sebahagian besar unsur kata penguat dalam kata adjektif DMK juga didapati unik dan berbeza daripada yang terdapat dalam Bahasa Melayu Standard. Kesimpulannya, penelitian ini diharap menyumbang kepada kajian lanjut tentang kata adjektif DMK pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Dialek Melayu Kedah; Kata adjektif; Kata penguat; Padang Terap
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:23395
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Apr 2024 03:58
Last Modified:24 Apr 2024 00:47

Repository Staff Only: item control page