Khayrin Kamalia Ramle, and Zubir Idris, (2023) Analisis gaya bahasa perbandingan dalam syair Awang Semaun. Jurnal Melayu, SI . pp. 33-45. ISSN 1675-7513
|
PDF
195kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628
Abstract
Syair Awang Semaun merupakan sebuah naskhah daripada negara Brunei yang menceritakan tentang salasilah serta sejarah kejadian negara Brunei. Penulisan makalah adalah untuk meneliti penggunaan gaya bahasa perbandingan yang digunakan dalam Syair Awang Semaun. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif iaitu maklumat dan data utama diperolehi melalui sumber sekunder seperti mendapatkan bahan-bahan bacaan dari perpustakaan serta artikel-artikel jurnal berkenaan gaya bahasa dan syair. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan digunakan sebagai kerangka analisis, berdasarkan gaya bahasa perbandingan yang mengkategorikan tiga bentuk, iaitu; (1) metafora; (2) personifikasi dan (3) perumpamaan. Analisis mendapati pengarang Syair Awang Semaun telah memanfaatkan ketiga-tiga bentuk gaya bahasa tersebut dalam syairnya. Penggunaan gaya bahasa metafora telah dimanipulasi dengan menempatkan bahasa biasa dalam konteks baharu untuk membolehkan bahasa tersebut menggugurkan makna lazimnya sejajar menyerap makna baharu, dengan itu memperluaskan makna syairnya. Pemanfaatan personifikasi pula membolehkan objek untuk membikin makna, membina suasana serta menyampaikan mesej. Dalam konteks penggunaan gaya bahasa perumpamaan selain daripada yang sedia ada, pengarang mencipta perumpamaan baharu lantas memperkenalkan kelainan yang segar dan bertenaga, sekali gus menghasilkan makna tambahan yang dihadirkan oleh kelainan tersebut. Melalui kajian ini diharap dapat menambahkan lagi kajian terhadap hasil perbendaharaan kesusasteraan Melayu lama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Brunei; Gaya Bahasa; Perbandingan; Syair Awang Semaun; Tarigan |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 23396 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Apr 2024 04:05 |
Last Modified: | 24 Apr 2024 00:48 |
Repository Staff Only: item control page