Muhammad Khalil Khirruddin, and Mas Rynna Wati Ahmad, (2023) Perlambangan unsur alam dalam pantun Melayu terpilih dari sudut pandangan ekokritikan. Jurnal Melayu, SI . pp. 46-59. ISSN 1675-7513
|
PDF
238kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628
Abstract
Pantun merupakan karangan berangkap yang mendokong keindahan dan kehalusan yang menjelmakan gagasan idea yang mantap dan berpengaruh. Pantun Melayu tradisional berfungsi mengungkapkan nilai dan budaya tradisi, persoalan cinta dan kasih sayang, persoalan nilai kemasyarakatan, humor dan sebagainya. Dalam penciptaan pantun yang unik, segala pengalaman, pendangan dan falsafah hidup yang ingin dikemukakan di dalamnya mengunakan latar alam sebagai pembayang ataupun maksud. Penggunaan unsur sedemikian memperlihatkan hubungan akrab dan sebati masyarakat Melayu dengan unsur alam semula jadi di sekeliling mereka. Tidak dinafikan beberapa dekad ini, sebilangan pengkaji di Malaysia telah memfokuskan kepada unsur alam dalam aspek kajian seperti pantun, puisi melayu moden dan peribahasa. Namun pengkhususan rungkaian kepada makna tersirat yang berkait dengan kritikan eko dan alam sekitar terhadap pantun masih belum dilakukan. Maka, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis perlambangan unsur alam dalam pantun dan hubungkaitnya pantun dalam konteks kritikan eko. Menggunakan kritikan ekologi, hasil kajian mendapati sastera harus menghormati alam sekitar, manakala prinsip bahasa pula memberi fokus kepada karya yang dihasilkan oleh pengkarya yang membincangkan permasalahan berkaitan alam sekitar melalui perlambangan unsur alam. Data kajian diperoleh daripada kompilasi pantun buku Kurik Kundi Merah Saga (1990). Kajian yang dilakukan ini dilihat mampu memberi kesedaran tentang isu alam sekitar yang membelenggu masyarakat dari dahulu sehingga sekarang. Isu seperti pembalakan, impak pembangunan, nasib binatang di hutan dan pencemaran sungai disentuh dalam pantun yang dipilih.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pantun; Perlambangan unsur alam; Kritikan eko; Kurik Kundi Merah Saga; Alam sekitar |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 23397 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Apr 2024 04:14 |
Last Modified: | 24 Apr 2024 00:49 |
Repository Staff Only: item control page