Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Matu

Norfazila Ab. Hamid, and Wan Robiah Meor Osman, (2023) Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Matu. Jurnal Melayu, SI . pp. 138-151. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628

Abstract

Makalah ini membincangkan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Matu (VM MT). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM MT terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM MT dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi dalam VM MT ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VM MT mempunyai 6 fonem vokal, iaitu /i, u, e, o, ǝ, a/, memiliki lima diftong, iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej, -uj/, 19 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, //, satu konsonan letusan /dZ/, tiga konsonan geseran /s,0, h/, empat konsonan nasal /m, n, J, N/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Kajian ini diharap dapat menembus yang samar, menemukan sesuatu yang hilang, menyingkap yang tersembunyi dan menghasilkan satu penemuan yang baharu dengan lebih telus.

Item Type:Article
Keywords:Fonem; Fonologi; Melanau Matu; Penyebaran; Struktural
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:23409
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Apr 2024 08:21
Last Modified:24 Apr 2024 00:57

Repository Staff Only: item control page