Nur Hikmahtul Aiman Kamarulzaman, and Muhd Norizam Jamian, (2023) Keindahan luaran Gurindam Jiwa Penawar Duka dari perspektif Puitika Sastera Melayu. Jurnal Melayu, SI . pp. 152-166. ISSN 1675-7513
|
PDF
157kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1628
Abstract
Artikel ini membincangkan keindahan gurindam yang merupakan puisi tradisi masyarakat Melayu sejak tahun 1846. Selain keindahan dalaman, nilai seni dan keindahan dalam puisi gurindam turut mencakupi keindahan luaran. Keindahan luaran boleh dilihat daripada aspek bentuk visual dan penggunaan gaya bahasa manakala keindahan dalaman merujuk kepada aspek mesej dan pemikirannya. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis ciri-ciri keindahan luaran yang terdapat dalam puisi tersebut. Kajian berbentuk kualitatif ini menganalisis teks Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Aminudin Mansor (2018) menggunakan Teori Puitika Sastera Melayu yang diasaskan oleh Muhammad Haji Salleh (2000). Menerusi aspek ketujuh dalam teori iaitu, “Yang Indah-Indah: Sebuah Estetika Buat Hiburan dan Manfaat”, empat daripada enam ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad Haji Salleh dalam kajiannya terhadap pantun Melayu digunakan dalam artikel ini. Menfokuskan kepada keindahan luaran, ciri keindahan yang digunakan ialah dunia berjodoh, sama ukuran, muzik seiring kata serta sesuai dan patut. Hasil penelitian menunjukkan bahawa kesemua gurindam yang terpilih dalam teks Gurindam Jiwa Penawar Duka berjaya mengungkapkan dan memberikan bentuk keindahan tersurat yang terdapat dalam gurindam Melayu. Bentuk keindahan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa keindahan luaran dalam karya merupakan ciri terpenting dalam puisi tradisi gurindam. Artikel ini juga secara tidak langsung dapat memberi sumbangan baharu terhadap perkembangan ilmu dalam bidang kesusasteraan Melayu khususnya dalam konteks keindahan puisi gurindam di samping menjadi sumber rujukan kepada para pengkaji yang ingin mendalami bidang yang sama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gurindam Jiwa Penawar Duka; Gurindam; Keindahan; Luaran; Teori Puitika Sastera Melayu |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 23411 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Apr 2024 08:27 |
Last Modified: | 24 Apr 2024 00:58 |
Repository Staff Only: item control page