Pengesanan dan pencirian akustik anai-anai Coptotermes sp. pada pokok palma manila, Adonidia merrillii

Nik Aliyah-Ahmad, and Johari Jalinas, (2023) Pengesanan dan pencirian akustik anai-anai Coptotermes sp. pada pokok palma manila, Adonidia merrillii. Serangga, 28 (3). pp. 266-281. ISSN 1394-5130

[img] PDF
888kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1633/...

Abstract

Anai-anai dari spesies Coptotermes sp. merupakan serangga perosak bagi tanaman hiasan dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius jika tiada pengesanan awal dan rawatan dilakukan. Pengesanan akustik mempunyai potensi untuk mengesan kehadiran anai-anai terhadap pokok Palma Manila, Adonidia merrillii, sebelum kerosakan yang lebih teruk terjadi. Dalam kajian ini, pengesanan akustik dijalankan melalui penggunaan sensor-preamplifier module. Aktiviti dan pencirian aktiviti akustik akibat pergerakan anai-anai dilakukan melalui purata masa impuls dikaji bagi anai-anai spesies ini termasuklah pencirian temporal dan spektral akustik. Hasil pengesanan akustik pada sepuluh pokok Palma Manila menunjukkan bahawa bilangan pokok yang diserang anai-anai lebih dari pengesanan visual. Aktiviti akustik akibat pergerakan anai-anai dan purata masa impuls dikaji bagi anai-anai spesies ini. Tiada perbezaan yang signifikan (P>0.05) bagi hubungan antara bilangan individu anai-anai dengan purata aktiviti (P=0.132) dan purata masa impuls (P=0.160). Analisis ciri-ciri temporal menunjukkan purata masa impuls bagi spesies Coptotermes ini adalah antara 0.0047 s dan 0.0055 s. Ciri-ciri spektral memberi hasil frekuensi dominan terletak antara 4 kHz dan 8 kHz dengan julat frekuensi antara 1 kHz dan 3 kHz. Ciri-ciri profil temporal dan spektral ini menunjukkan bahawa pengesanan akustik mampu mengesan kehadiran anai-anai melalui pencirian profil akustik.

Item Type:Article
Keywords:Anai-anai; Coptotermes sp.; Palma Manila; Adonidia merrillii; Pengesanan akustik
Journal:Serangga
ID Code:23420
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:22 Apr 2024 23:53
Last Modified:24 Apr 2024 01:46

Repository Staff Only: item control page