Penglibatan komuniti dalam pemuliharaan warisan di Lembah Lenggong, Perak

Daeng Haliza Daeng Jamal, and Nordiana Ab Jabar, and Suraya Sukri, and Farrah Atikah Saari, and Mohd Saipuddin Suliman, and Norazlinda Mohamed Rosdi, (2023) Penglibatan komuniti dalam pemuliharaan warisan di Lembah Lenggong, Perak. Jurnal Melayu, 22 (2). pp. 1-21. ISSN 1675-7513

[img] PDF
838kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1622

Abstract

Lembah Lenggong adalah salah satu tapak arkeologi yang penting dalam kalangan ahli arkeologi setelah mendapat pengiktirafan dari The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada 2012. Data arkeologi yang ditemui di Lembah Lenggong membuktikan bahawa daerah kecil ini telah menjadi antara penyumbang penting dalam warisan yang ada di Malaysia. Bagi memastikan warisan bangsa dapat dipertahankan maka, komuniti setempat perlu memainkan peranan proaktif dalam menyokong usaha pihak bertanggungjawab. Justeru, makalah ini bertujuan mengenalpasti penglibatan komuniti setempat di kawasan tinjauan di Lembah Lenggong. Kaedah tinjauan dengan pemerhatian di lapangan digunakan sebagai kaedah kajian. Data dianalisis dengan pendekatan analisis kandungan. Kerangka Tangga Penyertaan (Ladder of Participation) yang dikemukakan oleh Arnstein (1969) dijadikan panduan dalam menganalisis penglibatan komuniti bagi kajian ini. Hasil tinjauan di lapangan mendapati, terdapat empat warisan tidak ketara yang menjadi identiti bagi daerah Lembah Lenggong iaitu makanan warisan Kebebe, Cendol Sagu Rumbia, dialek Melayu Patani dan pembuatan atap rumbia. Kajian ini juga membuktikan komuniti setempat proaktif dalam melestarikan warisan yang terdapat di kawasan mereka. Penyertaan komuniti setempat dalam pemuliharaan warisan dilihat berpotensi memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial setempat.

Item Type:Article
Keywords:Warisan; Lenggong; Komuniti; Pemuliharaan; Pelestarian
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:23425
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:23 Apr 2024 07:28
Last Modified:25 Apr 2024 00:46

Repository Staff Only: item control page