Mohd Khaidir Abdul Wahab, (2023) Sikap bahasa dan pemilihan bahasa dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Melayu, 22 (2). pp. 22-53. ISSN 1675-7513
|
PDF
596kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1622
Abstract
Persepsi yang positif mahupun negatif mendorong individu untuk memilih atau tidak sesuatu bahasa untuk digunakan atau diabaikan. Kajian ini mengkaji sikap dan pemilihan bahasa oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, iaitu di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kaedah kajian ini adalah berlandaskan kajian lapangan, iaitu pengedaran borang soal selidik secara dalam talian dengan menggunakan perisian Google Form kepada responden. Kaedah ini menggunakan pautan yang tersedia dan dikongsikan secara dalam talian melalui e-mel, WhatsApp dan Telegram bagi mendapatkan jumlah responden yang ditetapkan. Responden yang terlibat berjumlah 400 orang. Hasil analisis berkaitan sikap bahasa responden menunjukkan 310 orang (77.5%) berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa paling berprestij, 328 orang (82%) memilih bahasa Melayu sebagai bahasa yang membuatkan mereka berasa bangga apabila menggunakannya, 225 orang (56.25%) berpendapat bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa paling efektif dalam pekerjaan, 392 orang (98%) berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang menimbulkan rasa cinta kepada negara dan 363 orang (90.8%) memilih bahasa Melayu sebagai bahasa yang paling dihargai. Dapatan kajian juga mendapati majoriti responden memilih bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan dalam domain pendidikan, keluarga dan jual beli. Secara keseluruhannya, sikap bahasa dan pemilihan bahasa pelajar dari USM, UUM dan UNIMAP membuktikan bahawa bahasa Melayu masih mempunyai peranan dan menjadi pilihan sebagai bahasa utama ilmu di IPTA. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa paling efektif untuk mereka bersaing dalam bidang pekerjaan kelak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sikap bahasa; Pemilihan bahasa; Pelajar IPTA; Wilayah Utara; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 23426 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 23 Apr 2024 07:39 |
Last Modified: | 25 Apr 2024 00:47 |
Repository Staff Only: item control page