Darwalis Sazan, (2023) Analisis visual sosial berita berpandukan pendekatan analisis nilai berita diskursif. Jurnal Melayu, 22 (2). pp. 54-70. ISSN 1675-7513
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1622
Abstract
Secara umum, kajian ini mengetengahkan ciri-ciri nilai berita di sebalik visual terpilih dalam akhbar Utusan Malaysia berpandukan pendekatan analisis visual berita diskursif. Visual berita dalam akhbar dilihat sebagai sumber tarikan umum dan salah satu fungsi penting bagi menjelaskan gambaran sebenar sesuatu konteks peristiwa yang dipaparkan. Pemvisualan berita jarang diketengahkan cirinya yang mendasari konteks visual nilai berita selain menyumbang kesensasian isu berita. Dalam hal ini, kajian lanjut perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kekurangan kajian dari aspek yang dibincangkan dan ketandusan data yang sukar diperoleh. Data kajian yang digunakan ialah data visual akhbar Utusan Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasi pendekatan kualitatif dan penghuraian secara deskriptif. Pemilihan data dalam kajian ini hanya melibatkan data dari isu sosial. Sebanyak 25 data visual berita melibatkan isu sosial dianalisis dalam kajian ini. Selanjutnya, analisis kajian ini dijalankan berpandukan kerangka pendekatan Analisis Nilai Berita Diskursif oleh Bednarek & Caple (2017). Hasil kajian dalam visual berita akhbar Utusan Malaysia dari aspek isu sosial menunjukkan bahawa setiap visual yang digambarkan sememangnya dipengaruhi oleh setiap ciri-ciri nilai berita stereotaip, keelitan, impak, negatif dan positif. Dalam kajian ini, visual nilai berita keelitan dan negatif menunjukkan nilai berita paling dominan dalam setiap isu sosial akhbar Utusan Malaysia. Setiap paparan visual berita berdasarkan ciri nilai berita dalam akhbar ini mempunyai signifikasi yang tertentu dalam mempengaruhi pembaca.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akhbar; Nilai berita; Utusan Malaysia; Sosial; Visual |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 23427 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 23 Apr 2024 07:49 |
Last Modified: | 23 Apr 2024 07:49 |
Repository Staff Only: item control page