Pengaruh reka bentuk bangunan terhadap sistem pengudaraan pusat membeli belah di Malaysia

Nur’Aina Farhana Norzelan, and Wardah Fatimah Mohammad Yusoff, and Muhammad Ihsan Shaharil, (2023) Pengaruh reka bentuk bangunan terhadap sistem pengudaraan pusat membeli belah di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 79-87. ISSN 0128-0198

[img] PDF
821kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Pandemik COVID-19 yang telah melanda satu dunia sejak tahun 2019, telah membuka mata dunia tentang kepentingan pengudaraan yang baik dalam bangunan. Ini kerana ruang yang tertutup, serta sistem pengudaraan yang kurang baik menyebabkan penyebaran virus COVID-19 yang lebih meluas. Pusat membeli-belah merupakan antara bangunan yang sering dijunjungi oleh orang ramai. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan atas kesedaran kepada keperluan penggunaan sistem pengudaraan yang efektif di pusat membeli-belah, terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda dunia baru-baru ini. Kajian ini merupakan kajian awalan. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh reka bentuk bangunan terhadap sistem pengudaraan yang digunakan pada bangunan pusat membeli-belah di Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Kaedah kajian yang digunakan adalah penilaian deskriptif kualitatif melalui pemerhatian dan kajian kes. Sebanyak empat bangunan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang, Malaysia,yang telah dibina dalam empat fasa berbeza, telah dipilih bagi kajian awalan ini. Hasil kajian mendapati pusat membeli-belah yang dibina sebelum tahun 2000 mempunyai reka bentuk jenis tertutup dan sistem pengudaraan yang digunakan bergantung kepada sistem mekanikal iaitu pendingin hawa sepenuhnya. Manakala selepas tahun 2000, reka bentuk pusat membeli-belah telah berevolusi kepada gabungan reka bentuk tertutup dan terbuka. Ini mempengaruhi sistem pengudaraan yang digunakan iaitu sistem hibrid yang menggabungkan pengudaraan mekanikal dan semulajadi. Hasil kajian ini penting bagi memberi makluman awal tentang pendekatan sistem pengudaraan bangunan pusat membeli-belah di Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Hasil kajian ini dilihat dapat menggalakkan pelbagai kajian lanjutan berkenaan sistem pengudaraan di pusat membeli-belah.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Sistem pengudaraan; Pusat membeli-belah
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23443
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:05 May 2024 14:07
Last Modified:09 May 2024 07:53

Repository Staff Only: item control page