Keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar di kawasan perumahan bertingkat kos rendah di Malaysia

Muhammad Anas Ahmad Nazari, and Noraziah Mohammad, (2023) Keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar di kawasan perumahan bertingkat kos rendah di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 131-147. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Isu dan permasalahan mengenai peruntukan kawasan lapang di bangunan perumahan bertingkat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menepati populasi penduduk adalah masalah yang telah lama berlaku dan dibahaskan namun masih belum ditangani sepenuhnya walaupun pelbagai langkah strategi telah dikenal pasti dan diambil untuk mengurangkan masalah ini. Bandar-bandar yang pesat membangun telah lama bergelut dengan isu keperluan kawasan hijau. Menambahkan kawasan hijau seperti taman poket adalah salah satu tindakan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan pembandaran yang pesat. Penyelidikan mengenai keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar di Malaysia telah dikaji dalam kajian ini. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukkan garis panduan rekabentuk taman poket oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk rumah bertingkat/ pangsapuri rendah di Malaysia dan mengenalpasti keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk perumahaan kos rendah di Selangor. Untuk mencapai objektif tersebut, satu tinjauan soal selidik telah dijalankan yang melibatkan 108 responden yang menginap di tiga buah perumahan bertingkat kos rendah. Tinjauan soal selidik ini membincangkan isu taman poket yang berlaku di Selangor serta peranan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk. Dapatan daripada analisis soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu demografi responden, pemahaman berkenaan taman poket, dan cadangan serta penambahbaikan responden mengenai keberkesanan taman poket dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk di Selangor. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keberkesanan taman poket di bangunan perumahan bertingkat. Majoriti daripada responden bersetuju bahawa kemudahan taman poket yang disediakan secara keseluruhannya meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Item Type:Article
Keywords:Taman poket; Perumahan bertingkat kos rendah; Kualiti hidup; Keberkesanan taman
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23463
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 May 2024 12:29
Last Modified:09 May 2024 08:44

Repository Staff Only: item control page