Analisis kerangka kos penggunaan ruang Universiti Awam di Malaysia

Abdul Mutalib Aman Shah, and Norngainy Mohd Tawil, and Siti Rosmawar Mohd Sahia, and Azalillah Ramdani Musa, (2023) Analisis kerangka kos penggunaan ruang Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 249-257. ISSN 0128-0198

[img] PDF
549kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Ruang pengajaran dan pembelajaran merupakan hak milik dan perlu diuruskan oleh pihak sesebuah universiti itu sendiri. Impak daripada pengurusan sumber fizikal di sesebuah universiti yang kurang baik akan memberikan kesan daripada segi kelancaran kewangan. Oleh itu kepentingan kajian ke atas penggunaan ruang yang optimum universiti awam serta impaknya dari sudut kewangan perlu dititikberatkan untuk membantu pihak kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan negara. Keperluan dan kepentingan untuk mengkaji penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran adalah dari segi kewangan kerana pengurusan ruang baik dapat menjimat kewangan sesebuah universiti. Memandangkan kos yang tinggi diperlukan untuk pembinaan bangunan baru, penyelenggaraan dan kos penyediaan ruang tambahan maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan universiti untuk merangka strategi untuk mengenalpasti komponen kos yang terlibat dalam penggunaan ruang. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis komponen-komponen kos yang perlu diambilkira bagi setiap ruang dan membangunkan kerangka kos penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran. Kerangka konsep dibangunkan mengandungi 10 konstruk utama dan setiap konstruk mengandungi pecahan item sebanyak 36 item. Kaedah soal selidik dipilih dan melibatkan seramai 52 orang responden yang terdiri daripada bahagian penyenggaraan yang memfokuskan kepada pengurusan ruang universiti. Kebolehpercayaan setiap konstruk dan item ialah 0.956, ini menunjukkan instrumen kos penggunaan ruang universiti awam di Malaysia sangat baik dan boleh digunapakai. Nilai kedudukan disusun mengikut keutamaan kos penggunaan ruang di universiti awam mengikut senarai kedudukan seperti berikut kos pembersihan, kos mekanikal dan elektrikal, kos utiliti, kos awam, kos kewangan, kos kepengunaan, kos penyenggaraan asas/ baik pulih kecil, kos pembinaan, kos keselamatan dan kos pentadbiran/ operasi bagi universiti awam di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan ruang; Kos; Universiti; Ruang pembelajaran
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23464
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 May 2024 13:08
Last Modified:09 May 2024 08:46

Repository Staff Only: item control page