Kaedah menterjemah unsur alam semulajadi menjadi karya seni dua dimensi dalam projek reka bentuk seni bina tahun satu di UKM

Nor Haslina Ja`afar, and Kamarul Afizi Kosman, and Mohd Khairul Azhar Mat Sulaiman, (2023) Kaedah menterjemah unsur alam semulajadi menjadi karya seni dua dimensi dalam projek reka bentuk seni bina tahun satu di UKM. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 289-297. ISSN 0128-0198

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Kursus Rekabentuk Seni Bina 1 (KKSB1116) merupakan kursus utama bagi program Sarjana Muda Sains Seni Bina (BSc Arch) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kursus ini ditawarkan pada semester pertama di tahun satu dan ia merupakan peringkat asas kepada proses penghasilan reka bentuk seni bina. Penerapan gaya pembelajaran berbentuk eksperimen merupakan salah satu cara untuk membina kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran reka bentuk. Penulisan ini akan mengulas lanjut kaedah pembelajaran berdasarkan pengalaman yang diterapkan dalam projek menterjemahkan unsur alam semula jadi kepada karya seni ‘potret diri’ dengan menggunakan prinsip asas reka bentuk. Di dalam projek ini, para pelajar akan didedahkan kepada kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti pengalaman perjalanan di alam semula jadi, penggunaan lakaran dalam bentuk peta minda dan pendedahan kepada persekitaran bengkel. Metodologi kajian yang digunakan pula adalah kombinasi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, di mana kaedah kualitatif (temu bual mendalam dan pemerhatian tidak berstruktur) adalah merupakan teknik utama. Penemuan menunjukkan bahawa pelajar berjaya menterjemahkan objek yang berorientasikan unsur-unsur alam ke dalam projek rekabentuk berkenaan. Ia boleh dilihat melalui lakaran peta minda bergrafik dan penghasilan reka bentuk karya seni dua dimensi yang mengetengahkan prinsip asas reka bentuk geometri dari kombinasi garisan yang dilakar dari pelbagai arah. Kaedah pembelajaran ini boleh menjadi penanda aras pendidikan seni bina tahun pertama (asas) untuk program pendidikan seni bina terutamanya pada peringkat pengajian sarjana muda sains. Kajian mencadangkan bagaimana konsep pendekatan peta minda dan kemahiran bengkel ini dapat dikembangkan untuk tahun berikutnya yang disesuaikan dengan kompleksiti program.

Item Type:Article
Keywords:Metod pengajaran; Projek rekabentuk seni bina
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23468
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 May 2024 06:39
Last Modified:10 May 2024 01:50

Repository Staff Only: item control page