Tinjauan berkaitan kesan perkembangan aktiviti ekopelancongan kelip-kelip terhadap komuniti setempat di Semenanjung Malaysia

Muhammad Fakruhayat Ab Rashid, and Azimah Abd Rahman, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, (2024) Tinjauan berkaitan kesan perkembangan aktiviti ekopelancongan kelip-kelip terhadap komuniti setempat di Semenanjung Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 21 (1). pp. 1-12. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Artikel tinjauan ini memuatkan ulasan yang merujuk kajian terdahulu berkenaan perkembangan aktiviti ekopelancongan kelip-kelip di Malaysia. Ekopelancongan kelip-kelip menjadikan elemen serangga sebagai produk untuk menarik minat para pelancong untuk melihat keindahan alam semulajadi serangga yang sudah mula diperkenalkan sejak tahun 1980-an lagi. Ekopelancongan kelip-kelip ini bukan sahaja unik namun memberi manfaat daripada aspek ekonomi dan sosial kepada komuniti setempat. Kajian terdahulu yang menunjukkan ekopelancongan kelip-kelip memberi manfaat positif kepada komuniti setempat melalui penyediakan peluang pekerjaan, pendapatan sampingan komuniti, menyumbang kepada kesejahteraan sosial, dan mewujudkan peluang perniagaan. Artikel ini akan menyorot kajian terdahulu berkaitan kesan aktiviti ekopelancongan kelip-kelip seluruh semenanjung Malaysia terhadap komuniti setempat. Artikel ini mengulas sokongan komuniti yang diberikan melalui penglibatan secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti ekopelancongan kelip-kelip melalui penyediaan perkhidmatan untuk pengunjung dan memberi kerjasama dalam usaha mengekalkan persekitaran semulajadi paya bakau yang merupakan habitat bagi spesis serangga ini bagi memastikan ekopelancongan ini dapat diteruskan untuk jangka masa panjang. Hasil ulasan dan tinjauan dalam artikel ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan bagi pengkaji yang menjalankan kajian berkaitan perkembangan aktiviti ekopelancongan kelip-kelip di Semenanjung Malaysia secara menyeluruh.

Item Type:Article
Keywords:Ekopelancongan; Kelip-kelip; Komuniti; Ekonomi; Social
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23469
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:59
Last Modified:13 May 2024 00:55

Repository Staff Only: item control page