Prestasi perniagaan dalam kalangan perniagaan kecil di bawah bimbingan agensi

Nur Shafiqah Mohd Sabri, and Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Azima Abdul Manaf, (2024) Prestasi perniagaan dalam kalangan perniagaan kecil di bawah bimbingan agensi. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 21 (1). pp. 21-34. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
488kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kerajaan telah memberi banyak inisiatif kepada peniaga kecil supaya dapat meningkatkan prestasi perniagaan. Walaubagaimanapun, prestasi perniagaan peniaga kecil masih kurang menggalakkan di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa peniaga kecil selalu cenderung untuk mendapatkan kegagalan di sebab oleh kurang faktor dalaman iaitu prestasi kewangan dan prestasi bukan kewangan. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat prestasi perniagaan dalam kalangan perniaga kecil di bawah bimbingan agensi. Terdapat 3 buah agensi yang terlibat dalam kajian ini iaitu agensi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik. Seramai 60 orang responden usahawan kecil yang terdiri daripada 20 responden agensi Insken, 20 responden daripada agensi Sme Corp. dan 20 responden lagi daripada agensi Mara telah menjawab soal selidik ini. Data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Analisis kajian adalah menggunakan analisis deskriptif iaitu purata min dan ANOVA Satu Hala. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga agensi mempunyai signifikan positif. Hasil kajian menunjukkan SME Corp dan INSKEN mempunyai hubungan signifikan yang tinggi dalam prestasi kewangan dan MARA dan SME Corp mempunyai hubungan signifikan paling tinggi dalam prestasi bukan kewangan. Justeru tu, dapat dilihat bahawa prestasi perniagaan kecil mempunyai prestasi yang lebih baik dengan adanya agensi pembimbing berbanding dengan peniaga kecil yang tidak mempunyai bimbingan agensi.

Item Type:Article
Keywords:Prestasi perniagaan; Prestasi kewangan; Prestasi bukan kewangan; Perniagaan kecil; Bimbingan agensi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23472
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:59
Last Modified:13 May 2024 00:56

Repository Staff Only: item control page