Penyesuaian guna semula dan kelestarian rumah kedai warisan di bandar bersejarah di Malaysia

Tan, Kean Jie and Mohd Farid Mohamed, (2023) Penyesuaian guna semula dan kelestarian rumah kedai warisan di bandar bersejarah di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (1). pp. 311-324. ISSN 0128-0198

[img] PDF
4MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Kekayaan sejarah dan seni bina di Melaka adalah antara faktor-faktor membolehkan bandar ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Satu pengiktirafan yang besar dan bermakna. Seni bina rumah kedai warisan merupakan satu elemen seni bina yang penting di bandar Melaka. Seni bina rumah kedai ini merupakan satu contoh seni bina yang lestari yang direkabentuk mengikut kesesuaian sosio-budaya dan konteks persekitaran. Oleh yang demikian, rumah kedai warisan di bandar ini mampu bertahan sehingga kini walaupun kehendak penggunaan telah berubah mengikut keperluan ekonomi dan socio-budaya semasa. Para ilmuwan telah memberi penekanan kepada kaedah pengunaan semula bangunan lama sebagai salah satu kaedah pemeliharaan. Penyesuaian guna semula adalah antara kaedah pemuliharaan. Kaedah ini memelihara bangunan sedia ada, disamping memperkenalkan fungsi kontemporari yang bersesuaian dengan masyarakat kini. Objektif bagi penyelidikan ini adalah untuk membincangkan pendekatan reka bentuk lestari rumah kedai warisan dan mengkaji rumah kedai di Persiaran Jonker yang telah melalui proses penyesuaian guna semula. Metodologi untuk kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan temubual. Tiga buah rumah kedai warisan dijadikan kajian kes. Penemuan kajian menyerlahkan kaedah penggunaan semula dan penyesuaian sebagai model untuk pemeliharaan yang mampu mempertingkatkan kelestarian dan fungsi bangunan sambil mengekalkan budaya dan warisan setempat. Penemuan kajian juga membolehkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap reka bentuk lestari yang terdapat pada rumah kedai warisan

Item Type:Article
Keywords:Penyesuaian guna semula; Lestari; Rumah kedai; Persiaran Jonker
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23473
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 May 2024 07:04
Last Modified:10 May 2024 01:52

Repository Staff Only: item control page